Allah
SWT berfirman:
"Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya
seraya berkata: 'Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang
baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa. Kemudian Malaikat (Jibril)
memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab
(katanya): 'Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang
puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi
ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi termasuk keturunan orang-orang
soleh." (QS. Ali 'Imran: 38-39)
"Hai Yahya, ambilah al-Kitab (Taurat) itu
dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih
anak-anak, dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian
(dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti kepada
kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong dan derhaka.
Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari itu ia
meninggal dan pada hari ia dibangkitkan kembali." (QS. Maryam: 12-15)
"Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi
khabar gembira kepadamu akan (memperoleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang
sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia."
(QS. Maryam: 7)
Inilah Yahya seorang Nabi yang Allah SWT bersaksi
bahawa sebelumnya tak seorang pun yang serupa dengannya. Yaitu seorang Nabi
yang Allah SWT berkata tentangnya:"Dan rasa belas kasihan yang mendalam
dari sisi Kami." (QS. Maryam: 13).Sebagaimana Khidir diberi ilmu
dari sisi Allah SWT, maka Yahya diberi rasa cinta dari sisi Allah SWT. Al-Hanan
ialah ilmu yang luas yang terkandung di dalamnya sesuatu kecintaan yang dalam
terhadap makhluk dan alam. Hanan ialah salah satu dari tingkat cinta yang
bersumber dari ilmu. Yahya adalah seorang Nabi yang menjadi cermin dari ibadah,
zuhud, dan cinta. Nabi Yahya mengungkapkan cinta kepada semua makhluk. Ia
dicintai oleh manusia, burung-burung, binatang buas, bahkan gurun dan gunung.
Darah Nabi Yahya tertumpah ketika beliau berusaha mempertahankan kebenaran yang
disampaikannya di istana raja yang lalim. Peristiwa tragis itu berkaitan dengan
seorang penari pelacur. Para ulama banyak menyebutkan keutamaan Yahya. Yahya
hidup sezaman dengan Nabi Isa dan termasuk kerabat dekatnya dari sisi ibu (anak
bibinya).
Ada hadis yang meriwayatkan bahawa Yahya dan Isa
pernah bertemu pada suatu hari. Lalu Isa berkata kepada Yahya, mintakanlah
ampun bagiku wahai Yahya. Sesungguhnya engkau lebih baik daripada aku. Yahya
berkata: "Mintakanlah ampun bagiku wahai Isa kerana engkau lebih baik
daripada aku." Isa berkata: "Tidak, engkaulah yang lebih baik
daripada aku. Engkau mengucapkan salam kepadaku sedangkan Allah SWT mengucapkan
salam kepadamu." Kisah tersebut menunjukkan keutamaan Yahya ketika Allah
S"WT menyampaikan salam kepadanya pada hari ia dilahirkan, pada hari ia
mati, dan pada hari ia dibangkitkan kembali dalam keadaan hidup. Diriwayatkan
bahawa Rasulullah saw pernah pergi dan menemui para sahabatnya. Pada suatu
hari, beliau mendapati mereka sedang menyebut-nyebut keutamaan para nabi. Ada
yang mengatakan, Musa kalimullah (seorang nabi yang diajak bicara oleh Allah
SWT). Ada yang mengatakan, Isa ruhullah (tiupan roh Allah SWT). Dan ada juga
yang mengatakan, Ibrahim khalilullah (seorang kekasih Allah SWT).
Demikianlah para sahabat berbicara tentang para nabi
lalu Rasulullah saw menemui mereka. Ketika Rasul saw mendapati mereka tidak
menyebut nama Yahya, beliau berkata: "Di manakah putera seorang syahid
yang mendapatkan banyak penderitaan, yang memakan pohon kerana takut dosa, di
manakah Yahya bin Zakaria."Sementara itu, datanglah musim semi di
Palestina dan bumi tampak semakin menghijau dan langit semakin terang. Bulan
dengan cahayanya menembus puncak-puncak pohon dan kebun. Bunga-bunga mawar dan
jeruk semakin berkembang dan baunya tersebar ke udara. Dan burung- burung yang
sedang berterbangan tampak bernyanyi dan melantunkan lagu-lagu kegembiraan di
tengah-tengah suasana yang ceria dan penuh keindahan.
Kemudian lahirlah Yahya. Kelahiran Yahya dipenuhi
banyak mukjizat. Beliau lahir pada saat ayahnya Zakaria berusia lanjut sehingga
tampak seakan-akan ia putus asa kerana tidak akan mempunyai keturunan. Beliau
lahir melalui doa yang suci yang bersumber dari hati Nabi Zakaria yang suci dan
tulus. Nabi Yahya lahir di tengah-tengah masa yang dipenuhi dengan puncak
kesucian sebagaimana juga dihiasi dengan puncak kelaliman. Maryam adalah simbol
puncak kesucian di zamannya. Mihrabnya penuh dengan bau yang harum yang
memancarkan kalimat- kalimat solat yang terus menerus dan zikir yang bersumber
dari hati yang suci. Masjid tampak dipenuhi dengan gelombang orang-orang yang
solat dan orang-orang mukmin yang berzikir. Namun nun jauh di sana kelaliman
tetap membunyikan genderangnya.
Yahya dilahirkan dan masa kecilnya tidak seperti
lazimnya masa yang dilalui oleh anak-anak. Umumnya anak-anak saat itu bermain
hal-hal yang tidak berguna, sedangkan Yahya tampak serius sejak beliau kecil.
Anak-anak kecil saat itu merasa senang dan terhibur ketika mereka menyeksa
binatang, sementara Yahya justru memberi makan bintang- binatang dan burung
dari makanannya sebagai bentuk belas kasihan darinya, bahkan terkadang Yahya
sendiri makan dari daun-daun pohon atau buahnya. Ketika beliau menginjak usia
dewasa, maka cahaya wajahnya semakin bersinar dan hatinya penuh dengan hikmah
dan cinta kepada Allah SWT serta kedamaian. Yahya adalah seseorang yang
menyukai membaca sejak usia dini. Beliau rajin membaca dan menggali ilmu.
Ketika beliau masih kecil, Allah SWT memanggilnya: "Hai Yahya, ambilah
al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah
selagi ia masih anak-anak."
Read More
Yahya mendapatkan perintah—saat beliau masih
kecil—untuk mengambil Kitab dengan kekuatan. Yakni, hendaklah ia belajar kitab
dengan penuh ketelitian, Yaitu kitab syariat. Allah SWT memberinya kemampuan
untuk mengetahui syariat dan memutuskan perkara manusia saat beliau masih
kecil. Yahya adalah orang yang paling alim di zamannya dan paling banyak
menerima hikmah. Beliau mempelajari syariat secara sempurna. Oleh kerana itu,
Allah SWT memberinya kekuasaan saat beliau masih kecil. Beliau mampu
menyelesaikan persoalan di antara manusia dan menjelaskan mereka rahsia-rahsia
agama, bahkan beliau mengenalkan mereka jalan kebenaran dan mengingatkan mereka
dari jalan kesalahan atau kebatilan. Kemudian Yahya semakin dewasa dan ilmunya
makin bertambah serta kasih sayangnya pun makin meningkat, baik kepada kedua
orang tuanya mahupun kepada binatang. Kasih sayang Nabi Yahya meliputi segala
sesuatu.
Beliau
mengajak manusia untuk bertaubat dari dosa mereka; beliau memandikan mereka di
sungai Jordania agar mereka menyucikan diri mereka dengan taubat; beliau
mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Di sana tidak terdapat seseorang
yang tidak suka kepada Yahya atau menginginkan keburukan baginya. Yahya adalah
seseorang yang sangat dicintai oleh masyarakatnya kerana ia memang seorang yang
penyayang, seorang yang bertakwa, seorang yang alim, dan seorang yang berbudi
mulia. Beliau keluar dan pergi ke gunung dan kebun bahkan gurun dan tinggal di
dalamnya selama berbulan-bulan untuk menyembah Allah SWT dan menangis di
hadapan-Nya serta solat. Beliau merasakan kedamaian di daratan, bahkan beliau
tidak memperhatikan makanannya. Beliau makan dari daun-daun pohon dan minum
dari air sungai. Bahkan beliau makan belalang dan juga rumput. Beliau tidur di
gua mana pun yang ditemuinya di gunung dan lubang mana pun yang didapatinya di
bumi.
Terkadang beliau masuk di suatu gua gunung lalu beliau
menemukan binatang buas di dalamnya seperti serigala atau singa namun kerana
kesibukannya dan konsentrasinya saat berzikir kepada Allah SWT dan solat
sehingga beliau tidak lagi memperhatikan serigala atau singa. Serigala dan
singa itu melihat Nabi Yahya lalu mereka mengetahui bahawa ini adalah seorang
Nabi Allah SWT yang sangat berbelas kasih kepada binatang, maka
binatang-binatang buas itu menundukkan kepalanya dan meninggalkan tempat itu
dengan tenang sehingga Nabi Yahya tidak mendengar suara mereka.
Pada kesempatan yang lain, Nabi Yahya memberi makan
binatang- binatang buas dengan penuh kasih sayang. Bahkan beliau tidak makan di
malam harinya kerana makanannya diberikan kepada binatang-binatang itu. Beliau
merasa puas saat menjadikan solat dan zikir sebagai makanan dari hatinya
sebelum beliau memberi makanan pada tubuhnya. Beliau makan dari daun-daun
pohon. Beliau bermalam atau bergadang dalam keadaan air matanya berlinangan
saat berzikir kepada Allah SWT dan tenggelam dalam lautan cinta dan bersyukur
kepada-Nya. Ketika Nabi Yahya berdiri di depan manusia untuk mengajak mereka menyembah
Allah SWT, maka beliau mampu membuat mereka menangis kerana cinta dan khusyuk.
Beliau mampu mempengaruhi hati mereka dengan kebenaran yang dibawanya dan
beliau menampakkan bahawa beliau memang dekat dengan Allah SWT.
Pada suatu hari, Nabi Yahya keluar menemui manusia.
Masjid tampak ramai dipenuhi orang-orang. Nabi Yahya berdiri dan beliau mulai
berbicara: "Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan aku untuk menyampaikan
kalimat-kalimat yang telah aku kerjakan dan aku telah memerintahkan kalian untuk
juga mengerjakannya. Hendaklah kalian menyembah Allah SWT dan tidak
menyekutukan-Nya. Barang siapa yang menyekutukan Allah SWT dan menyembah
selain-Nya, maka ia seperti seorang budak yang dibeli oleh majikannya lalu ia
bekerja dan memberikan tenaganya kepada tuan selain tuannya. Siapakah di antara
kalian yang ingin memiliki budak seperti itu. Dan aku memerintahkan kalian
untuk melaksanakan solat. Sesungguhnya Allah SWT melihat hamba-Nya saat ia
solat. Oleh kerana itu, jika kalian solat, maka hendaklah kalian berusaha untuk
khusyuk. Aku pun memerintahkan kalian untuk berpuasa, maka siapa yang melakukan
demikian, maka ia seperti seseorang lelaki yang mempunyai bingkisan dari misik
yang baunya harum. Setiap lelaki ini berjalan, maka akan terpancarlah bau harum
misik darinya. Aku pun memerintahkan kalian agar banyak melakukan zikir kepada
Allah SWT, maka orang seperti itu seperti seorang lelaki yang dicari-cari oleh
musuhnya lalu ia segera berlindung dalam benteng yang kuat. Dan benteng yang
paling kuat adalah zikrullah dan tiada keselamatan tanpa benteng itu."
Nabi Yahya mengakhiri nasihatnya lalu ia turun dari
mimbar dan kembali ke gurun. Di gurun itu hanya terdapat pasir yang
berterbangan dan tiada suara lain selain suara angin dan nafas pohon serta
suara kaki-kaki binatang buas dan gerakan batu-batu gunung. Di sanalah Yahya
berdiri di tengah-tengah kesunyian ini. Beliau melaksanakan solat dan
menangis.Kemudian terjadilah pergelutan hebat antara Nabi Yahya dan pemerintah
yang berkuasa. Salah seorang penguasa di zaman itu adalah seorang yang lalim
dan sempit akalnya. Kerosakan tersebar di istananya. Ia mendengar berita
tentang Yahya. Ia heran kerana banyaknya manusia yang memberikan penghargaan
dan penghormatan yang luar biasa kepada Yahya sedangkan ia sebagai seorang raja
tidak mendapatkan penghormatan yang demikian besar.
Raja tersebut ingin memperkosa isteri saudaranya di
mana ia mempunyai anak perempuan yang memiliki kecantikan yang terkenal. Dalam
cerita disebutkan bahawa anak perempuan itu mampu melakukan tarian yang
mengagumkan sambil memakai tujuh helai baju. Setiap ia menari, maka terlepaslah
setiap baju yang dipakainya dan pada tarian yang terakhir, ia tampak dalam
keadaan telanjang.Raja bertanya kepada Yahya, apakah ia boleh menikahi isteri
saudaranya. Yahya menjawab, itu tidak diperbolehkan. Raja tetap berbicara
kepada Yahya dan mendesak kepadanya agar membolehkannya menikah dengan wanita
yang disukainya itu, dan hendaklah Yahya mencari solusi atau fatwa yang sangat
memuaskannya. Namun Yahya menolak keras untuk memenuhi permintaan raja itu.
Kemudian Yahya pun meninggalkannya. Akhirnya, raja tampak marah kepada Yahya
dan memerintahkan agar Yahya dipenjara.
Kemudian raja itu pun memperkosa isteri saudaranya.
Anak perempuan wanita itu yang suka menari telah melihat Yahya saat ia
berbicara dengan raja. Anak perempuan itu sangat tertarik akan ketampanan Yahya
dan keagungan keperibadiannya.Ringkasnya, wanita yang ahli menari itu pun
merasa jatuh cinta kepada Yahya. Ia pergi menemui Yahya di penjaranya dan ia
melihat Yahya dalam keadaan duduk solat dan menangis. Wanita itu terus
mengawasi Yahya saat beliau solat sampai selesai. Lalu ia meletakkan dirinya di
bawah kaki Yahya dan memintanya agar mencintainya sebagaimana ia mencintai
Yahya. Yahya menjawab bahawa di dalam hatinya tidak ada cinta lain selain cinta
kepada Allah SWT. Wanita itu pun bangkit dari tempatnya dalam keadaan putus
asa. Ia meninggalkan Yahya dalam keadaan hatinya dipenuhi kebencian padanya. Ia
kembali ke istana raja.
Waktu Isyak telah berakhir. Raja mulai meminum minuman
kesukaannya, yaitu khamr. Wanita itu memberikan minum kepada raja. Makin
banyaknya raja minum, sampai-sampai raja merasa bahawa kepalanya seperti belon
besar dan ia sebentar lagi akan terbang. Di sanalah wanita penari itu segera memakai
pakaian tarian dan kembali kepada raja. Raja melihatnya dan ia merasa kepalanya
bertambah besar dan wanita itu mulai menari. Lalu dipukullah rebana dan
berbagai alat muzik sehingga wanita itu tampak menari dan menikmati tariannya.
Pada tarian ke tujuh ia berhenti lalu membuka wajahnya sambil berkata kepada
raja: "Wahai tuanku, aku ingin bertanya sedikit kepadamu." Raja yang
sedang mabuk itu berkata: "Segala sesuatu yang engkau inginkan akan
kuberikan kepadamu sekarang juga.
" Wanita itu berkata: "Aku menginginkan
kepala Yahya bin Zakaria."Mendengar perkataan itu, raja segera sadar dari
mabuknya lalu ia merasakan ketakutan. Ia berkata kepadanya: "Mintalah
kepadaku yang lain saja." Wanita itu berkata: "Aku menginginkan darah
Yahya bin Zakaria." Wanita ini adalah simbol keburukan. Raja berkata
sambil minum minuman keras yang keempat kalinya setelah empat puluh kali:
"Bunuhlah Yahya!" Akhirnya, pemimpin pasukan raja mengeluarkan
perintah kepada anak buahnya untuk menghabisi Yahya. Kemudian Yahya menemui
ajalnya secara tragis dan meneguk madu syahadah.Injil Mata pada pasal yang
keempat belas menyebutkan suatu riwayat sebagai berikut:
"Hirdus telah menangkap Yuhana lalu ia
memasukkan ke dalam penjara kerana Hirduya isteri dari saudaranya. Sebab Yuhana
berkata kepadanya, engkau tidak boleh mengambilnya sebagai isterimu. Ia ingin
membunuh Yuhana tetapi ia khuatir terhadap reaksi masyarakat kerana mereka
menganggapnya sebagai seorang Nabi. Ketika diadakan acara kelahiran Hirdus
salah seorang perempuan anak dari Hirduya menari di tengah-tengah para hadirin
sehingga Hirdus merasa kagum, kerananya kemudian ia bersumpah bahawa apa pun
yang diminta penari itu akan diturutinya. Wanita itu berkata: "Berikanlah
kepadaku kepala Yuhana." Sebetulnya raja itu keberatan tetapi ia sudah
terlanjur bersumpah dan disaksikan orang-orang di sekitarnya, maka ia pun
memerintahkan agar permintaan wanita itu dituruti. Kemudian kepala Yuhana
dikirim dari penjara, dan diberikan kepada gadis itu, lalu gadis itu membawanya
kepada ibunya."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar